Saturday, May 14, 2011

Kemalasan

Kemalasan hanya akan mengusung manusia ke tebing kegagalan. Izharnya, ini merupakan satu kenyataan yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Namun, berapakan insan di dunia ini yang rela membebaskan diri daripada jangkitan kemalasan? Dalam mengharungi arus globalisasi ini, masih terdapat ramai individu yang membenarkan kemalasan, yakni virus perosak mudarat kepada peribadi untuk meruntuhkan kewibawaan diri dan menjatuhkan kemuliaan mereka. Adakan anda terbelenggu dalam kemalasan yang mampu menggugah kebejatan sosial seperti mereka? Kalau ya, adakah anda telah bersedia mengubati penyakit yang telah sekian lama memendamkan niat anda untuk menjauhi kelalaian dan kelembaman? Tepuk dada tanyalah selera.

No comments:

Post a Comment